Thursday, June 28, 2012

SIFAT LUPA DIRI




Sifat berbahaya yang boleh memudaratkan manusia dalam kehidupannya. Hakikat ini diperkuatkan dengan firman Allah: 
1- kisah penderhakaan iblis kepada Allah kerana sifat lupa diri menguasai dirinya sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis, dia berasal daripada golongan jin dan menderhaka terhadap perintah Tuhannya.” – (Surah al-Kahfi, ayat 50)
 2- Begitu juga kisah Firaun bersama pengikutnya yang menentang seruan dibawa Nabi Musa adalah kerana lupa diri sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Masuklah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tiada cacat; dan kepitlah tanganmu di celah ketiakmu ketika berasa takut (nescaya hilanglah takutmu). Yang demikian itu adalah dua bukti daripada Tuhanmu (untuk kamu menunjukkan) kepada Firaun dan kaumnya. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik-derhaka.” – (Surah al-Qasas, ayat 32) 
3- Syeikh Raghib al-Asfahani mendefinisikan fasik(lupa diri) sebagai keluar daripada landasan syariat atau agama, mereka menolak untuk mentaatinya dan seterusnya mengingkari sama ada sebahagian mahupun keseluruhan hukum itu. Oleh itu, Allah memberi peringatan kepada orang Islam agar jangan sekali-kali lupa diri di mana Allah menyifatkan mereka sebagai orang fasik iaitu orang yang suka berbuat dosa dan kejahatan serta durhaka kepada Allah. Dalam hal ini, Allah berfirman dalam surah al-Hasyr, ayat 19 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang yang fasik lagi derhaka.” 
 Contoh jadual muhasabah diri : 
 * BACA AL-QURAN
 * SEDEKAH 
 * ZIARAH ORAG TUA 
 * ZIARAH KAWAN 
 * ZIARAH ORANG SAKIT
 * HADIRI KELAS AGAMA 
 * BACA BUKU HAL2 AGAMA
 * TUTUP AURAT 
 * BERTANYA TENTANG AGAMA 
 * BERFIKIR TENTANG DIRI & AGAMA 

 Jadual di atas sebagai contoh untuk mengukur kita dengan aktiviti-aktiviti ibadah adakah ia dilaksanakan dengan betul atau tidak? Persoalan-persoalan diri : - Siapakah saya ? - Tiap-tiap hari makan dan minum, siapa bagi? - Tiap-tiap saat saya bernafas, siapa yang buatkan? - Rezeki yang saya dapat , adakah saya bersyukur? - Kalau ALLAH ada, siapa saya sebenarnya? - Gaji tiap-tiap bulan, saya belanja dengan baik atau tidak? Sekiranya kita selalu mempesoalkan apa yang kita dapat, tentu manusia menjadi hamba yang taat dan patuh kepada segala arahan dan larangan ALLAH.

No comments:

Post a Comment