Sunday, September 6, 2009

Salam Ramadhan

alhamdullilh
16 hari berpuasa kegembiraan apabila Aisyah dan Nuruddin berpuasa tanpa ponteng .
Kehadiran 10 akhir Ramadhan tak lama lagi doa2 terpilih nati.
Raya pun tak lama lagi naik rusing drive balik tentu ramai yang balik kampung , gembira bercampur sedih lebih2 lagi tak dapat bonus he..he...

Monday, August 17, 2009

Ahlan Ya Ramadhan....

Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit www.al-habib.info for more greeting cards like this!

Wednesday, August 5, 2009

KENANGAN ABADI: Pengalaman Luar Biasa di Tanah Suci

KENANGAN ABADI: Pengalaman Luar Biasa di Tanah Suci

Saturday, July 25, 2009

Hukum berhibur

Hadis nabi SAW tentang org yg pergi utk lihat penyanyi wanita disitu ada mkn minum,hiburan,permainan dgn kpla mrka bergoyang2 kerana melayan nyanyian tersebut dan keesokkan harinya bertukar menjadi kera dan babi. boleh tak ustaz bagi hadis yg lengkap tentang hadis ni disertakan dgn perawi serta sanadnya. Matan hadis ialah;
عَنْ أَبِي مَالِكٍ الأَشْعَرِيِّ؛ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم (لَيَشَرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ. يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا. يُعْزَفُ عَلَى رُءُوِسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنّيَاتِ، يَخْسِفُ اللهُ بِهِمُ الأَرْضَ. وَيَجْعَلُ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيِرَ
Dari Abi Musa al-Asy’ari r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. bersabda; “Akan ada dari umatku segolongan manusia yang meminum arak dengan mereka menamakannya dengan nama lain, kepala mereka dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan penyanyi-penyani wanita. Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan menjadikan sebahagian mereka kera dan babi. (Riwayat Imam Ibnu Majah, Ibnu Hibban, at-Tabrani dan al-Baihaqi. Lihat; al-Jami’ as-Saghier (Imam as-Suyuti), hadis no. 7706). Menurut Imam as-Syaukani dalam Nailul-Autar; hadis di atas diriwayatkan juga oleh Imam Abu Daud dan disohehkan oleh Imam Ibnu Hibban, di samping terdapat hadis-hadis lain menguatkannya. (Nailul-Autar, juz. 8, Kitab al-Jihad saya as-Siyar, bab Ma Ja-a Fi Alati al-Lahwi). Menurut Imam as-Suyuti; hadis di atas adalah soheh. (al-Jami’ as-Saghier, no. 7706). Menurut Imam Ibnul-Qayyim; isnad (yakni jalan periwayatan) hadis ini adalah soheh. (Lihat; ‘Aunul-Ma’bud, juz 13, bab Karahiyatul-Ghina’.., m.s. 185 dan Faidhul-Qadier, syarah hadis no. 7706). Dalam Soheh Imam al-Bukhari, lafaznya ialah;
ليكونن من أمتي قوم يستحلون الحر والحرير والخمر والمعازف
“Akan ada di kalangan umatku satu kaum yang akan menghalalkan penzinaan, sutera, arak dan bunyi-bunyian” (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abi Musa al-Asy’ari, kitab al-Asyribah, bab Ma Ja-a Fi Man Yastahill al-Khamr saya Yusammiihi bi Ghair Ismihi, no. 5268).

Sunday, June 21, 2009

Kasih ALLAH untuk segala-galanya

Apa dia dosa dan nikmat ?
Setiap kali hamba yang engkar tiada kurang nikmat ,
Setiap saat hamba menjauhi dari jalan yang sebenar,
Tidak dirujuk kepada Hukm ALLAH yang sebenar dan perhatikan Arahan-arahan ALLAH seperti dalam firman-Nya bermaksud : ( Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu' )( Al-Baqarah : 45 )
Selagi kita tidak mengikut apa yang disyariatkan susah kita hendak mendapat Rahmat-Nya

Wednesday, May 27, 2009

Hayati azan mendidik jiwa mukmin

Bagaimana kita hendak menjana semula kekuatan kita? Ini membeza antara seorang muslim dan seorang mukmin .
Jika kita fahami dan hayati betul-betul seruan azan yang kita dengar 5 kali sehari:
Allah yang maha besar,Allah yang maha besar
Aku mengaku bahawa tiada tuhan lain yg berhak disembah,melainkan Allah - 2x
Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah - 2x
Marilah menunaikan solah - 2x
Marilah menuju kemenangan - 2x
Allah yang maha besar,Allah yang maha besar
Tiada tuhan melainkan Allah -1x
Huraian :
1- Allah yang maha besar,Allah yang maha besar Sesungguh nya,kalimah azan itu adalah mengandungi falsafah dan pengajaran yang sangat penting bagi setiap muslim untuk menempuh kehidupan ini. Kita diminta untuk membesarkan Allah dalam seluruh kehidupan kita,dan dlm semua perkara.Kita mestilah menanamkan kedalam jiwa kita bahawa tidak ada yang lebih besar daripada Allah .Apabila kita telah membesarkan Allah,semua perkara lain menjadi kecil;dan akan tertanam kedalam jiwa kita semangat keberanian yang kental.Kita tidak akn berasa takut lagi terhadap apa sahaja selain dari Allah.
2- Aku mengaku bahawa tiada tuhan lain yg berhak disembah,melainkan Allah.2xAku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah2x Kita juga dituntut untuk memgakui bahawa hanya Allah lah sahaja yang berhak disembah.Kita mesti mengakui keesaan dan keagungan Allah,begitu juga,kita dituntut mengaku bahawa sesungguhnya nabi Muhammad saw itu sebenar-benarnya utusan Allah yang membawa ajaran Islam yang syumul seperti mana yang terkandung di dalam al-Quran. Sesungguhnya,pengakuan sahaja tidak cukup,sebaliknya kita di tuntut untuk mengamalkan dan menurut segala ajaran yg di bawa oleh Rasullallah saw itu.
3 - Marilah menunaikan solah. 2x Kemudian kita di ajak mendirikan solah.Sesungguhnya solah itu adalah ibu bagi segala ibadah.Ianya merupakan tiang kepada Islam itu,dan juga menjadi tiang kepada kerohanian seseorang Muslim.Sabda Rasullallah saw: sesungguh nya solah itu merupakan tiang ugama.Sesiapa yang mendirikan nya,bermakna mendirikan ugama,sesiapa yang meninggalkan nya,bermakna meruntuhkan ugama. Sabda baginda lagi:Yang membezakan orang Islam dengan orang kafir itu adalah mendririkan solah.Oleh yang demikaian setiap Muslim itu mestilah sentiasa memelihara dan mengerjakan solah dengan sungguh-sungguh.Barangsiapa yang meninggalkan solah,atau pun meringan-ringankan nya,atau cuai dan lalai dari menunaikan nya,maka terhijablah dia daripada mendapat pertolongan Allah.
4 -Marilah menuju kemenangan.2x Setelah kita melaksanakan perintah solat denagn sempurna zahir dan batin,barulah kita diajak kepada kejayaan dan kemenangan.maka layaklah kita memperoleh kemenangan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.
5 - Allah yang maha besar,Allah yang maha besar Tiada tuhan melainkan Allah Setelah kita beroleh kejayaan dan kemenangan,kita sekali lagi di ingatkan bahawa kita mesti terus secara konsisten membesarkan Allah.Apabila kejayaan telah berada dalam tangan kita,jangan sesekali melupakan Allah,jika tidak,kejayaan tersebut akn menjadi kosong ,tidak bernilai langsung di sisi Allah.Dan kita juga dituntut untuk terus mentauhidkan dan mengesakan Allah .
Kesimpulan nya: Demikian lah indahnya falsafah dan pengajaran dari azan itu,yang mana,sekira nya dapat dilaksanakan oleh setiap muslim bersungguh-sungguh :
1- nescaya kita akan mendapat pertolongan dari Allah dan kita insyaAllah akan menjadi umat yang kuat dan berjaya di dunia dan di akhirat.
2- Ini menunjukkan kepentingan azan dan solat jamaah dalam menjana Ummah Islam .
3- Umat Islam kena balik mengamal Sunnah Rasullulah S.A.W dalam kehidupan harian.

Tuesday, May 26, 2009

Adab-adab semasa di Masjid

Banyak persoalan ketika aku melangkah di Masjid dan Surau :
1- Pelaksanaan wuduk : ramai ahli jamaah tidak terlalu prihatin
i- Mengadap kiblat , mungkin kedudukan tempat wuduk atau tidak tahu adab berwuduk ????
ii- Penggunaan air ; tidak membazir
iii- Meratakan air wuduk di bahagian anggota wuduk
2- Keluar masuk Masjid tidak diambilberatkan; kaki kanan ketika masuk dan kaki kiri ketika
keluar .
3-Semasa takbir dilengah-lengahkan sehingga imam rukuk, dia muafik maka dia tidak dapat rakaat.
4- Bergerak-gerak semasa solat
5- Hujung kaki tidak dirapatkan semasa sujud
6- Terus bangkit selepas salam sedangkan zikir-zikir perlu dibaca
Belajarlah cara solat Rasullulah S.A.W ...