Wednesday, May 27, 2009

Hayati azan mendidik jiwa mukmin

Bagaimana kita hendak menjana semula kekuatan kita? Ini membeza antara seorang muslim dan seorang mukmin .
Jika kita fahami dan hayati betul-betul seruan azan yang kita dengar 5 kali sehari:
Allah yang maha besar,Allah yang maha besar
Aku mengaku bahawa tiada tuhan lain yg berhak disembah,melainkan Allah - 2x
Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah - 2x
Marilah menunaikan solah - 2x
Marilah menuju kemenangan - 2x
Allah yang maha besar,Allah yang maha besar
Tiada tuhan melainkan Allah -1x
Huraian :
1- Allah yang maha besar,Allah yang maha besar Sesungguh nya,kalimah azan itu adalah mengandungi falsafah dan pengajaran yang sangat penting bagi setiap muslim untuk menempuh kehidupan ini. Kita diminta untuk membesarkan Allah dalam seluruh kehidupan kita,dan dlm semua perkara.Kita mestilah menanamkan kedalam jiwa kita bahawa tidak ada yang lebih besar daripada Allah .Apabila kita telah membesarkan Allah,semua perkara lain menjadi kecil;dan akan tertanam kedalam jiwa kita semangat keberanian yang kental.Kita tidak akn berasa takut lagi terhadap apa sahaja selain dari Allah.
2- Aku mengaku bahawa tiada tuhan lain yg berhak disembah,melainkan Allah.2xAku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah2x Kita juga dituntut untuk memgakui bahawa hanya Allah lah sahaja yang berhak disembah.Kita mesti mengakui keesaan dan keagungan Allah,begitu juga,kita dituntut mengaku bahawa sesungguhnya nabi Muhammad saw itu sebenar-benarnya utusan Allah yang membawa ajaran Islam yang syumul seperti mana yang terkandung di dalam al-Quran. Sesungguhnya,pengakuan sahaja tidak cukup,sebaliknya kita di tuntut untuk mengamalkan dan menurut segala ajaran yg di bawa oleh Rasullallah saw itu.
3 - Marilah menunaikan solah. 2x Kemudian kita di ajak mendirikan solah.Sesungguhnya solah itu adalah ibu bagi segala ibadah.Ianya merupakan tiang kepada Islam itu,dan juga menjadi tiang kepada kerohanian seseorang Muslim.Sabda Rasullallah saw: sesungguh nya solah itu merupakan tiang ugama.Sesiapa yang mendirikan nya,bermakna mendirikan ugama,sesiapa yang meninggalkan nya,bermakna meruntuhkan ugama. Sabda baginda lagi:Yang membezakan orang Islam dengan orang kafir itu adalah mendririkan solah.Oleh yang demikaian setiap Muslim itu mestilah sentiasa memelihara dan mengerjakan solah dengan sungguh-sungguh.Barangsiapa yang meninggalkan solah,atau pun meringan-ringankan nya,atau cuai dan lalai dari menunaikan nya,maka terhijablah dia daripada mendapat pertolongan Allah.
4 -Marilah menuju kemenangan.2x Setelah kita melaksanakan perintah solat denagn sempurna zahir dan batin,barulah kita diajak kepada kejayaan dan kemenangan.maka layaklah kita memperoleh kemenangan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.
5 - Allah yang maha besar,Allah yang maha besar Tiada tuhan melainkan Allah Setelah kita beroleh kejayaan dan kemenangan,kita sekali lagi di ingatkan bahawa kita mesti terus secara konsisten membesarkan Allah.Apabila kejayaan telah berada dalam tangan kita,jangan sesekali melupakan Allah,jika tidak,kejayaan tersebut akn menjadi kosong ,tidak bernilai langsung di sisi Allah.Dan kita juga dituntut untuk terus mentauhidkan dan mengesakan Allah .
Kesimpulan nya: Demikian lah indahnya falsafah dan pengajaran dari azan itu,yang mana,sekira nya dapat dilaksanakan oleh setiap muslim bersungguh-sungguh :
1- nescaya kita akan mendapat pertolongan dari Allah dan kita insyaAllah akan menjadi umat yang kuat dan berjaya di dunia dan di akhirat.
2- Ini menunjukkan kepentingan azan dan solat jamaah dalam menjana Ummah Islam .
3- Umat Islam kena balik mengamal Sunnah Rasullulah S.A.W dalam kehidupan harian.

Tuesday, May 26, 2009

Adab-adab semasa di Masjid

Banyak persoalan ketika aku melangkah di Masjid dan Surau :
1- Pelaksanaan wuduk : ramai ahli jamaah tidak terlalu prihatin
i- Mengadap kiblat , mungkin kedudukan tempat wuduk atau tidak tahu adab berwuduk ????
ii- Penggunaan air ; tidak membazir
iii- Meratakan air wuduk di bahagian anggota wuduk
2- Keluar masuk Masjid tidak diambilberatkan; kaki kanan ketika masuk dan kaki kiri ketika
keluar .
3-Semasa takbir dilengah-lengahkan sehingga imam rukuk, dia muafik maka dia tidak dapat rakaat.
4- Bergerak-gerak semasa solat
5- Hujung kaki tidak dirapatkan semasa sujud
6- Terus bangkit selepas salam sedangkan zikir-zikir perlu dibaca
Belajarlah cara solat Rasullulah S.A.W ...

Thursday, May 21, 2009

Siapakah pejuang kemedekaan tanahair???...

Semasa ana belajar dulu sekitar 80-an , subjek sejarah mengutarakan pejuang-pejuang melayu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Rentap, Dol Said dan lain-lain. Mereka nilah yang mempertahankan tanahair sehingganya nyawa melayang tanpa tunduk kepada penjajah. Cerita mereka dapat disaksi dalam TV pendidikan semasa itu .

Megapa sekarang tiada lagi sejarahmengenai mereka ??? ......Sejarah mereka semakin hari hilang dari ingatan generasi kini terutama remaja Melayu .

Apabila generasi baru tidak memahami perjuangan datuk nenek yang mempertahan maruah agama, bangsa dan tanahair mereka akan leka dengan apa yang ada.

Tiada perubahan dalam minda mereka tentang perjuangan yang terdahulu , sepatutnya kita bangga dengan tok nenek kita yang terkenal dengan ilmu dan pengayatan mereka dalam meredah kehidupan.

Kita menikmati segala-galanya tanpa susah payah dan menderita dalam menanggung keperitan hidup .

Kita cuba berfikir betapa tingginya kedudukan pahlawan-pahlawan lama yang terkenal sehingga diakui oleh seorang orientalis yang tersohor, Dr. Christian Snouck Hugronje

menjalankan satu penyelidikan khusus bagi mendalami amalan agama dan adat budaya masyarakat setempat(Acheh) . Hasil dari penyelidikan Snock Hugronje, beliau mengatakan:“Belanda tidak perlu takut kepada pengaruh Haji Indonesia kerana mereka hanya pulang dengan serban, iaitu symbol Haji semata-mata dan tidak semestinya bersikap benci kepada orang kafir. Tetapi jika mereka pulang dengan ilmu pengetahuan Islam sebagai satu cara hidup lengkap, termasuk politik maka kelompok haji ini mesti diawasi oleh pihak penguasa….”

Dimanakah kita yang memiliki ijazah bergulung-gulung tetapi penakut dengan kebenaran ...

mengapa????

Wednesday, May 20, 2009

Kenangan manis di Kaherah


Alhamdulillah Ana bersama 5 orang dapat menghadiri kursus bahasa Arab di Kaherah selama 2 bulan ( 15.7.2007-15.9.2007 ).

Kami adalah kumpulan pertamayang dihantar untuk menghadiri kursus Bahasa Arab di luar negara.

Dari kanan : Ust Nazeri, Ust hasyim , Ust Shahidan, Ust Mohd Zan dan Ana