Thursday, May 21, 2009

Siapakah pejuang kemedekaan tanahair???...

Semasa ana belajar dulu sekitar 80-an , subjek sejarah mengutarakan pejuang-pejuang melayu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Rentap, Dol Said dan lain-lain. Mereka nilah yang mempertahankan tanahair sehingganya nyawa melayang tanpa tunduk kepada penjajah. Cerita mereka dapat disaksi dalam TV pendidikan semasa itu .

Megapa sekarang tiada lagi sejarahmengenai mereka ??? ......Sejarah mereka semakin hari hilang dari ingatan generasi kini terutama remaja Melayu .

Apabila generasi baru tidak memahami perjuangan datuk nenek yang mempertahan maruah agama, bangsa dan tanahair mereka akan leka dengan apa yang ada.

Tiada perubahan dalam minda mereka tentang perjuangan yang terdahulu , sepatutnya kita bangga dengan tok nenek kita yang terkenal dengan ilmu dan pengayatan mereka dalam meredah kehidupan.

Kita menikmati segala-galanya tanpa susah payah dan menderita dalam menanggung keperitan hidup .

Kita cuba berfikir betapa tingginya kedudukan pahlawan-pahlawan lama yang terkenal sehingga diakui oleh seorang orientalis yang tersohor, Dr. Christian Snouck Hugronje

menjalankan satu penyelidikan khusus bagi mendalami amalan agama dan adat budaya masyarakat setempat(Acheh) . Hasil dari penyelidikan Snock Hugronje, beliau mengatakan:“Belanda tidak perlu takut kepada pengaruh Haji Indonesia kerana mereka hanya pulang dengan serban, iaitu symbol Haji semata-mata dan tidak semestinya bersikap benci kepada orang kafir. Tetapi jika mereka pulang dengan ilmu pengetahuan Islam sebagai satu cara hidup lengkap, termasuk politik maka kelompok haji ini mesti diawasi oleh pihak penguasa….”

Dimanakah kita yang memiliki ijazah bergulung-gulung tetapi penakut dengan kebenaran ...

mengapa????

No comments:

Post a Comment